Anda Tanya AbangAbu Jawap.

Assalamualaikum. Sebagai mengaktifkan kembali blog AbangAbu yang sepi tanpa update ….

Ini slot yang interesting sebab AbangAbu akan jawap semua soalan yang diajukan pada saya.

Ini email yang saya terima :

Asm. Abg nak tanya
1) apa makna kejayaan dlm perniagaan? Jadi kaya ker?
2) kalau dah berniaga 6 tahun tapi tak berkembang. Adakah gagal? Apa harus sy buat?
3)kalau niaga dah berusaha bersungguh & sudah bertawakal kpd Nya tapi hasilnya gagal apa nak buat?

Harap Abg abu blh beri nasihat yg membina

1) Apa makna kejayaan dlm perniagaan ? Jadi Kaya ker?

Sebenarnya kejayaan dalam maksud tersendiri adalah berlainan dari seorang dengan seorang yang lain. Bagaimanapun dalam perniagaan , kejayaan selalunya diasaskan dengan kejayaan kewangan mereka dan juga brand sesuatu perniagaan tersebut.

Bagi saya kekayaan adalah semulajadi apabila sesebuah perniagaan itu berjaya. Jadi kekayaan bukan boleh diukur dengan sendirinya.

Menjadi kaya pula adalah pilihan seseroang dan menjadikan diri anda kaya dari segi kewangan boleh membuka pelbagai peluang lain dan juga pembentukan perniagaan yang lain.

Jadi kejayaan perniagaan untuk diri AbangAbu adalah apabila perniagaan itu boleh menambah nilai dalam kehidupan seseorang . Dan berapa ramai orang yang perniagaan tersebut bole menambah nilai akan memberikan jawapa dari segi kejayaan dan kekayaan perniagaan tersebut.

 

2) kalau dah berniaga 6 tahun tapi tak berkembang. Adakah gagal? Apa harus sy buat?

Soalan ini amat baik dan untuk menentukan sesbuah perniagaan intu berjaya setelah 6 tahun tapi tak berkembang.
Bertahan selam 6 tahun adalah satu kejayaan dalam sesuatu perniagaan kerana tempoh ini amat kritikal untuk perniagaan terus berkembang. Yang pentingnya pula dalam 6 tahun apakah yang telah dapat dihasilkan dari perniagaan tersebut.
jadi jawapan nya anda tidak gagal sekiranya perniagaan ini telah berjalan selama 6 tahun walau tiada keuntungan yang besar tetapi dapat bertahan, tetapi sekiranya perniagaan anda selama 6 tahun ini telah menjadikan perniagaan anda dalam keadaan hutang yang tinggi maka perhatian segera harus diberikan.

Apa yang anda harus lakukan sekarang adalah untuk memberikan perhatian kepada jenama anda . Dimanakan jenama anda di hati atai minda seseorang. apa kekuatan kewangan anda ? adakah anda sudah mempunyai sistem perniagaan? SISTEM amat penting untuk perkembangan perniagaan . Jadi anda harus memberikan perhatian terhadap BRAND dan SISTEM anda . Juga pemasaran ( Marketing ) amat penting.

Juga anda perlu mendapatkan ilmu ilmu perniagaan yang kritikal seperti ilmu pemasaran dan ilmu kewangan perniagaan. Kedua kedua ini amat penting dan tanpa satu mungkin fungsi yang lain tidak efektif. Pastikan anda mula memberkan perhatian kepada dua dua faktor ini.

 

3)kalau niaga dah berusaha bersungguh & sudah bertawakal kpd Nya tapi hasilnya gagal apa nak buat?

maksud Tawakal adalah berserah kepada allah. Dan apabila kita berserah tiada perkataan GAGAL dalam minda kita kerana setiap yang berlaku pasti yang terbaik untuk diri sendiri. Bagaimanapun Berserah dan bertawakal juga bererti , tidak putus asa dan akan terus buat walaupun gagal beribu kali…. jadi ini adalah sesuatu yang harus difahamkan ,

Anda juga perlu berikan perhatian yang amat penting kepada MINDA anda. Apakah anda mempunyai  MINDA yang positif. Kebanyakan mereka yang tidak mendapat kejayaan yang diharapkan selalunya dari minda mereka yang penuh dengan negativiti. Seperti “susah nak berjaya dalam bisnes” ‘orang bisnes selalu bankrup” dan macam macam lagi . Ini adalah salah satu sebab paling utama mengapa ramai tidak berjaya.

Kedua , anda juga harus berikan perhatian tentang ACTION atau AKSI anda. Adakah anda melakukan dengan betul apa yang anda ingin lakukan itu. Adalah action anda ini sesuatu yang betul. Adakah langkah langkah yang anda lakukan memberikan hasil yang anda inginkan , kadang kadang anda perlu membuat perubahan pada aktiviti yang sedang anda lakukan . Jadi lihat kembali cara cara anda melakukan sesuatu. Ini termasuklah pemasaran , cara servis pelanggan , casa distribution, cara penerimaan wang dan pengurusan kewangan perniagaan anda.

Dan juga perlu mempunyai pelan pelan tertentu, kadang kala sesebuah perniagaan yang mempunyai potensi untuk berkembang maju mula gagal kerana tiada pelan pelan sambungan . Jadi pastikan anda mempunyai pelan pelan pendek dan juga berjangka masa panjang agar anda tahu mana arah perniagaan anda dan memberikan anda peluang untuk melakukan tindakan yang jelas akan pelan tersebut.
jadikan anda mempunyai M A P yang betul dan pastikan M+A+P ini bercantum dan membuah kan hasil yang amat efektif.

AbangAbu juga mensyorkan anda mendapatkan ebook ini sebagai membantu anda lagi

http://abangabu.com/books/manual-bisnes-dalam-7-hari/
Harap ini memberikan penjelasan kepada soalan soalan ini.

Sila email abangabu@nowasia.sg jika mempunyai sebarang pertanyaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *