5 perkara Orang Berjaya lakukan yang bole kita tiru

Apa yang Orang BERJAYA BUAT sampai Boleh BERJAYA SANGAT!
=============================================
Ni ada 5 benda yang semua orang boleh buat sepertimana orang berjaya buat.
1. Mereka BERANI memilih dengan spesifik matlamat mereka. mereka tahu bukan semua yang mereka mahu itu boleh dicapai , maka mereka memilih untuk tumpukan pada hanya beberapa matlamat sahaja. Jadi kita pun boleh pilih matlamat matlamat penting sahaja.
2. Mereka beri perhatian kepada personal development dulu, mereka akan upgrade diri mereka sendiri sebelum melihat kejayaan luaran . Mereka percaya untuk mencapai kejayaan luar , diri mereka perlu di perkasakan.
3. Mereka menimba ilmu dari pakar. Mereka belajar dan menggunakan semua teknik yang mendatangkan kesan yang baik , walaupun pada awalnya kelihatan sukar dan menyusahkan .
4.Mereka mengambil masa untuk merancangkan sesuatu serta mendisplinkan diri untuk mengikut akan perancangan mereka. Mereka tidak mudah untuk hilang fokus dan juga tidak pernah putus asa.
5. Mereka bijak dalam bekerja . Jika mereka tidak capai matlamat mereka , mereka akan mendapatkan pandangan dan maklumat dari pakar serta akan merancangkan sesuatu yang lebih baik .
Jom ! lakukan apa yang orang berjaya lakukan . AbangAbu doakan agar semua yang ikut akan nasihat ini akan di permudahkan perjalanan mencapai matlamat mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *