Simpan Challenge stories

Visit this page for updates from SIMPAN Challenge Participants….

Ini adalah antara apa yang dikongsikan oleh perserta peserta yang menyertai simpan challenge. Pihak SIMPAN CHALLENGE merasa amat bangga kerana dapat berjaya manjadikan semua peserta mengamalkan budaya berjimat serta mencapai sasaran menyimpan mereka, AbangAbu akan sentiasa Update bila ada response from participants….  Banyak AbangAbu belajar dari response mereka.

assalamualaikum abg abu..

tak sabar rasenye nak tggu smpai tips terakhir simpan challenge..
ok utk tips # 12 ni,
sbenanye saye bkn la jns yg suke berbelanje utk brg2 yg yg rasenye xperlu nk dibeli tiap2 bulan (eg:baju, kasut, etc)..
mmg saye suke menjage baik brg2 saye, kalu baju tu, mmg ssh nk beli yg baru kalu x tiba musim perayaan,
walaupun mcm agak bosan asyik pkai bju yg same..
tp selagi kite menjage nye dgn baik, akan sentiasa nmpk baru kan..
baju2 keje saye (baju kurung) sume nye nmpk mcm baru walaupun ade yg dh berusia bertahun2 lmenye (since waktu study, dh 2 tahun keje).
so saye rase mmg patut la tips ni, supaya brg2 kite akan tahan lbih lame berbanding kalu kite tak menjagenye dgn baik.
..so sebenanye secare xlgsg saye  telah mengikuti tips simpan challenge sejak dulu ye..
🙂

Salam simpanchallange,
Semoga AA sihat dan ceria untuk terus bersama kami dalam mengendalikan simpanchallange ini. Terima kasih di atas usaha AA.
Disini saya ingin kongsikan mengenai tip hari `16′ ini. Dulu saya selalu sediakan peruntukan untuk kesihatan. Sebenarnya bukan peruntukan pun, tapi ada saja ahli keluarga yang akan keklinik dan memerlukan antara RM50 – 100 sebulan. Tapi setelah suami dan saya belajar rawatan alternatif sejenis terapi, kami sepertinya tidak lagi ke klinik apalagi hospital. Jika pening, sakit perut, demam, migrain dan sebagainya kami lakukan ‘tapping’ saja. Sudah setahun kami mengamalkan nya, tapi  saya tidak menabungkan duit tersebut. Jadai untuk bulan ini saya akan masukkan RM 100 untuk tips kali ini.
Bulan lepas ada seseorang bagi duit kerana saya melakukan terapi bagi kesembuhan sakit perutnya. Boleh saya masukkan juga dalam tabung SC ini ya AA…walaupun hasil dari bulan lepas.
Sekian, terima kasih.

p.s.  Bila saya buka ‘simpanchallenge stories’ sepertinya tiada update dalam artikelnya. Atau terletak kat bahagian lain. Sebelum ini(minggu lepas) saya ada hantar satu lagi perkongsian tapi tiada dalam ‘stories’ tu.

fati.

Salam,
Saya sangat gembira dapat menyertai ‘simpanchallange’ ini.
Perkongsian mengenai kesilapan masa lalu yang saya dan suami lalukan ada banyak. Bagaimanapun yang saya ingin kongsi di sini ialah – di awal perkahwinan dulu suami selalu suka menukar kereta. Walaupun bukan tukar kerana ingin yang lebih cantik atau baru, tapi tukar kerana rasa tak sesuai, tak sedap pakai atau banyak masalah. Setahun dua pakai tukar, hinggakan ada yang beberapa bulan jer dah tukar. Walaupun tak setuju saya terpaksa ikut dan kesannya tentulah kami tak dapat menyimpan wang. Seperti kebanyakan orang, habis bulan habis gaji….
Sekian perkongsian dari saya. Terima kasih. Tips-tips dari AA sungguh bermanafaat dan sudah dan mula kami amalkan.

Ikhlas dari
fati, terengganu.

Asslm.
Tiap tiap hari bila saya hendak pergi ka bus interchange,saya akan naik bas, walaupon kadang kala terpaksa tunggu  bas lebih  1/2 jam . 4 tahun lepas (Aug 2005) setelah bersara, saya mula berjalan ka tempat yang sama, mungkin banyak masa santai. Saya dapati berjalan lebeh cepat,hanya 10mn.Saya jimat 60 sen tambang bas ……mak’lumlah dah senior.4 tahun dulu saya bayar 90sen walaupon hanya 2 perhentian bas.Setelah saya pulang dari ceramah jimat belanja di Mendaki,…. apa lagi …saya pon keledah bilek mainan cucu, nak cari tabong yang pernah saya jumpa beberapa bulan dulu.Tidak sedikit pon saya terfikir dalam kepala otak ini,tambang bas 60sen untok menabong. Ada masa saya malas hendak jalan balek ka rumah, saya mula beratur di perhentian bas,saya saolah olah dengar suara si abu berbisek………hai kak kalau jalan 10mn saja….tabong belum penoh!!! ……Apa lagi..saya pon U-turn, jalan pantas (brisk walk).
Tips discount : jika hendak mengurangkan tambang, jalan 3-4 perhentian bas.Boleh juga bantu turun berat badan
Senior citizen boleh dapat discount pada hari selasa di NTUC,pada hari isthnin di Shop n Save.
Terima kaseh.
rokiah

Assalamualaikum Abg Abu,

Tepat sekali apa yang diperkatakan oleh abg abu. Sememangnya DIY ini penting tambah tambah lagi macam saya yang ader anak ramai. Semuanya 4. Macam-macam benda yang anak saya dilakukan eksperimen sampai pening kepala. Ader skali tu salur mangkuk tandas patah akibat dipijak oleh kakak kerana hendak mengambil shawer mandi. Jika dipikir2kan memang nak panggil tukang paip, tapi bak kata abg abu sekurang2 RM100 tu tak lari. Kerana tak nak menanggung kos yang tinggi, saya pergi ke kedai hardware dan membeli peralatan ganti. Tak disangka-sangka kos untuk barang ganti hanyalah lebih kurang RM20.00 sahaja. Dengan bantuan tujuk ajar tukang hardware semasa membeli barang tersebut, saya dapat berjimat bepuluh-puluh ringgit.

Pada saya, kita mesti ader minat walaupun sedikit kerana dapat berjimat. Sekarang minat tu datang dengan sendiri. Setiap kali ader benda bocur , salur sinki tersumbat dan bermacam2 lagi saya lakukan sendiri. Pada saya kita cuba dahulu baiki, jika tak boleh langsung lakukannya panggil saja orang yang professional lakukannya sebagai contoh penyambungan wayar elektrik. Sekurang2nya kita mencuba. Tak salah mencuba kan …

ps: pada yang meminati brooch / kerongsang bolehlah melayari laman web www.kilauankerongsang.com

Sekian,

Shamsul Ariffin

Kilauan kerongsang.com

“Serlahkan Diri Mu”

Salam abang abu..
Terima kasih untuk tip ke-9 yang baru saya baca tadi..

Bagi saya sendiri, kesilapan terbesar saya ialah tidak menguruskan perbelanjaan harian dan tidak belajar mengenai pengurusan kewangan seawal mungkin..

Kadangkala saya sebagai seorang pelajar dan belum bekerja, masih berfikiran bahawa ibubapa masih ada untuk meminta duit jika tidak cukup. Oleh itu, saya agak boros dalam belanja harian. Makan walaupun masih kenyang dan selalu reload kredit semata-mata untuk mesej dengan kawan-kawan..

Selain itu, saya tidak mengambil peduli mengenai pengurusan kewangan kerana anggapan ibubapa saya masih ada dan saya masih belajar, serta masih awal untuk mengetahuinya kerana belum bekerja. Namun, tidak terlalu awal untuk saya belajar kerana saya dapat mengamalkannya kelak dan mengelakkan dari kesilapan orang lain..

Sekian..

Salam,

Saya ingin berkongsi pengalam kesilapan saya mengenai perbelanjaan harian.

Kesilapan 1 : berbelanja melebihi income bulan.
Kebiasaannya setelah mendapat gaji bulanan dan membayar hutang bulanan (bil, rumah, kereta etc), saya mempunyai cukup wang utk berbelanja. Tanpa mengasingkan duit utk simpanan, saya selalunya menyimpan cash money didalam purse. Saya tidak menyekat hari utk berbelanja, malah setiap kali berbelanja, saya tidak pernah memikirkan berapa yg telah saya belanja dan berapa baki yg tinggal. Jika sudah habis duit, saya keluarkan lagi dari bank. Akhir2 ini saya sedar setiap bulan saya akan minus dan terpaksa mengambil gaji bulan hadapan utk cover balik perbelanjaan bulan ini. Saya rasa sangat rugi.

Kesilapan 2 :Berbelanja meggunakan kad kredit tetapi cuma membayar balik dengan kadar minima. Akhirnya hutang kad kredit bertambah, setiap bulan bayar pun rasa tak habis-habis. Sekarang saya dah pandai sikit. Saya pilih kad kredit yg boleh bagi manafaat kepada saya, contohnya kad kredit yang boleh bagi debit semasa saya berbelanja. Dan yang penting bayar full amount yg saya guna sebelum bank kira interest. 1 lagi kad kredit yang saya hutang tu saya tak pakai, cuma bayar balik hutang dan target habis hujung tahun ini dan nak cancel.

Salam AbangAbu,

Hampir kesemua kesalahan yg AbangAbu utarakan adalah sama dgn kesilapan saya.
Tetapi kesilapan yg paling utama, yg paling belum dapat saya atasi ialah

tiada menyimpan wang kecemasan

Sehingga sekarang, saya masih belum dapat mencari penyelesaian masalah ini.
Saya ada buat bajet, Saya terpaksa dahulukan utk membayar hutang, bayar bil, bg mak,
keperluan sekolah. Kadang2 utk keperluan diri sendir pun takde.

Kalau pun saya asingkan RM100 utk tabung kecemasan, pasti ia digunakan. Itu yg menjadi masalah.
Saya sangat kesal. Disebabkan itu, kad kredit digunakan dan punya masalah utk bayar.

Nampak gaya, saya perlu berdisiplin utk menyimpan dlm tabung kecemasan.

(rasanya saya perlu dirujuk kpd pakar & kaunseling kewangan…)

Apa khabar abg abu,semoga success&menjadi hebat sentiasa,Banyak juga persamaan seperti yang abg abu alami dalam membuat kesilapan yang sama seperti saya lakukan.Antara kesilapan dalam membuat keputusan ialah membeli kereta baru&berbentuk mpv walhal keluaraga saya sikit sahaja,tiada simpanan kecemasan yang mencukupi,Membuat laon dari satu instisusi ke institusi kewangan yang berbeza dalam satu masa,membuat re-finance untuk menutup lubang hutang yang terdahulu akibatnya jumlah hutang makin meningkat,menjalankan perniagaan tanpa ilmu seperti sentiasa menjalankan perniagaan internet seperti affiliate,e-networking,google adsense,forex. dengan membayar wang yang banyak untuk membeli e-book,software yang mahal tanpa meminta diskaun.menjalankan perniagaan mlm dari satu ke satu mlm,Membuat kesilapan dalam membuat pelaburan perniagaan yang merugikan,Mudah memberikan wang atau memberi pinjaman kepada seseorang, tak dipulangkan,Sekiranya diberi peluang untuk membetulkannnya,sudah tentu perkara-perkara yang negatif diatas akan saya tukarkan ke situasi positif dengan mendapatkan mentor,ilmu&sistem yang telah terbukti berkesan contohnya,dibimbing oleh jurulatih kewangan yang hebat seperti abg abu,

Salam.

Terima Kasih kepada Abang Abu kerana sudah cuba wujudkan budaya menyimpan.
Sebelum ini saya hanya menyimpan dgn cara mengasingkan sejumlah wang ke dlm akaun (dengan cara tolak gaji secara automotik) untuk simpanan. Saya tidak pernah menyimpan dengan cara begini kerana ianya seperti anak-anak kecil simpan di dalam tabung. Tapi baru-baru ini entah kenapa hati ini tergerak utk mula menyimpan.

Saya hendak berkongsi pengalaman mempraktikkan tip-2 Abg abu iaitu minta diskaun.
2 hari lepas saya ada membeli barangan dari kawan sepejabat. Sebelum membayar, kebetulan saya baca e-mail dulu. Saya baca tip Abg Abu dan terus forwardkan tip itu pada kawan saya (kebetulan dia juga masuk program ini). Saya tulis pada dia ” Sal (bukan nama sebenar)  akak ambil barang awak 3, total semua RM130. Oh ya,cuba baca tip di bawah ini. So macam mana, ada diskaun tak untuk akak?” Tak di sangka-sangka dia balas balik “Ok Kak, saya bagi diskaun RM5″…Alhamdulillah dapat RM5 hari ini utk masuk tabung.
Cuma, saya musykillah, macam mana Abg Abu boleh minta diskaun di KFC? Boleh cerita tip-tipsnya?

Terus terang saya katakan, saya tak sabar nak tunggu tips-tips yg lain dan tunggu hingga end of the month utk kira berapa yg saya boleh simpan. Makan pun budget-budget juga so boleh kurangkan makan, kurangkan berat badan!

Salam..
Terima kasih untuk tip simpan challenge ini..
Untuk tip ke-2, minta diskaun, saya sendiri tak terfikir untuk buat macam tu..

Baru tengah hari tadi, saya makan bersama-makan kawan saya di kafeteria fakulti (saya seorang mahasiswa UM)..
Saya dikenakan bayaran RM4..Tapi sekadar bergurau, saya mengatakan, “Apa, RM3?” dan senyum..
Tiba-tiba saya diberikan balik RM1.5 (saya memberikan not RM5)..Jimat 50 sen..
Walaupun sikit tapi bernilai..

Tip yang saya amalkan; simpan RM1 sehari dari bajet harian yang dirancangkan.
Saya menetapkan saya makan sehari tidak melebihi RM8..
Dan saya pastikan saya akan menyimpan RM1 sebelum saya mula membeli pada hari tu..
Oleh itu, saya akan mengurangkan belanja makan pada setiap hari untuk memastikan tidak berlebihan dalam belanja.
Hasilnya? Saya dapat menyimpan RM30 tiap bulan (saya cuma seorang pelajar dan belum bekerja)..

 

 


3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *